PERHATIAN! Laman web ini hanya sebagai Panduan Agen MasterEload.
Jika anda masih baru sila klik DISINI.
***Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Amiruddin Bin Ahmad, Admin ME.biz***
JOIN KAMI DI RUANGAN CHAT BARU PANDUAN ME! KLIK SINI!
Google

09 March 2008

Masalah Tambah Modal

Hi semua,

Sejak kebelakangan ini berlaku beberapa insiden dan di sini pihak Admin ingin menasihati anda demi kemajuan MasterEload khususnya MasterEload.biz.

Insiden 1
Jika anda menerima SMS ada error dengan Tambah Modal anda ATAU anda tidak menerima sebarang respon SMS, JANGAN SMS command yang sama lagi. Tapi, sila SMS ke 013-2449441 dengan segera dan tunggu maklumbalas dari pihak admin.

Sila berikan maklumat lengkap seperti Tarikh, Nama Bank, Jumlah dan Masa seperti tertera di resit bagi memudahkan pihak admin memeriksa sistem MasterEload.biz dan dengan bank berkenaan. Cara terbaik ialah MMS ke 013-2449441 atau email terus ke admin.mastereload[at]gmail.com*

Ada di kalangan ahli MasterEload yang CUBA claim dari bank lain seperti bank in MBB claim di CIMB dan sebagainya. Ini AKAN MERUMITKAN lagi keadaan dan sistem MasterEload.biz akan secara AUTOMATIK menyenarai hitam nombor handphone dan keahlian MasterEload.biz anda. Oleh itu, sila berhati hati setiap kali anda SMS.

Banyak faktor jika anda menghadapi masalah sebegini antaranya,
@ SMS anda tidak sampai ke sistem MasterEload.biz
@ Sistem Perbankan tergendala.
@ Sistem MasterEload tergendala.
@ Sistem MasterEload.biz tergendala
@ Akaun Agen anda telah ditambah nilai tetapi sistem pengesahan SMS MasterEload tidak sampai.

Oleh itu, cara terbaik ialah periksa semula baki anda secara online (PERCUMA) dan jika benar tiada tambah nilai, SMS ke 013-2449441.

*Gantikan [at] dengan @

Insiden 2
Ada kalanya sistem MasterEload.biz tergendala dan kadang kadang sistem ini Tambah Modal RP Agen sebanyak 2 kali amaun yang sama.

Jika ini berlaku, SEGERA SMS ke 013-244 9441 bagi memudahkan pihak admin memotong semula jumlah yang sistem terlebih tambah. Kerjasama dari anda adalah diharapkan memudahkan para admin menjalankan tugas dengan lebih sempurna.

Ada kes dimana agen ingat ianya DUIT percuma dan terus menggunakannya membeli produk MasterEload dan cuba berdolak dalih dengan pihak admin bila sistem membuat semakan semula. Pihak kami tidak teragak agak untuk membatalkan keahlian anda di MasterEload.biz dan MasterEload serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"KEJUJURAN ADALAH SIFAT PENTING DALAM BERNIAGA. MENIPU TIDAK MEMBAWA ANDA KE MANA..."

Sekian,

Admin MasterEload.biz
Talian SMS : 013-2449441

No comments: