PERHATIAN! Laman web ini hanya sebagai Panduan Agen MasterEload.
Jika anda masih baru sila klik DISINI.
***Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Amiruddin Bin Ahmad, Admin ME.biz***
JOIN KAMI DI RUANGAN CHAT BARU PANDUAN ME! KLIK SINI!
Google

06 October 2007

Pengalaman Mobile Center

Hi semua,

Saya ingin membawa anda menyelami 2 kisah MC yang berbeza.

Kisah 1
Semakin hari, semakin ramai Agen ME yang menjadi MC. Tak dinafikan memang menjadi MC memerlukan anda bekerja dengan gigih bagi menambah modal downline group anda. Namun ada di kalangan MC yang menyebabkan agen mereka tidak bersemangat untuk meneruskan dengan program ME. Salah satu sebab utama ialah, mereka tidak mempunyai akaun bank yang sama dengan MC.

Contohnya, seorang MC mempunyai hanya akaun Maybank dan agen tidak ada akaun Maybank. Kemudian MC ini memaksa agen menambah nilai Top Up akaun modalnya pada dia sahaja dan tidak memberitahu kemudahan 8 bank yang disediakan oleh ME.biz. Ini menyebabkan beberapa minggu/bulan kemudian, agen ini mula malas/putus asa kerana susah nak Tambah Modal akaun MEnya. Kes ini sering terjadi kepada downline yang didapati secara OFFLINE.

Dengan itu kami berharap para MC di luar sana dapat memikiran perkara ini dengan secara adil dan logik. Jangan kerana nak "makan sendiri" menyebabkan agen anda lari atau tidak aktif.

Marilah sama sama kita majukan ME!

Kisah 2
Menjadi MC memanglah sukar dan akan ada masa anda tidak mempunyai modal pusingan. Salah satu sebab utama ialah anda terlalu banyak memberi "advance" atau pendahuluan kepada agen anda.

Ini menyebabkan ada setengah agen yang mengambil peluang dengan "untung atas angin" di mana MC top up modalnya dahulu dan agen akan membayar bila dia dah habis modal MEnya. Ada kes di mana, MC dah top up modal dan agen senyap tak nak bayar kerana menyalahkan MC kerana ME tolak RPnya (padahal diri agen sendiri yang salah taip) dan 1001 alasan lain. Ada MC yang rugi ratusan ringgit hanya kerana sikap terlampau percaya agen terutama kawan kawan.

Oleh itu, kami sarankan para MC membuat tranksaksi secara "Cash On Delivery" atau hanya bagi "advance" kepada orang yang betul betul anda percaya seperti keluarga dan saudara mara terdekat.

Semoga dengan paparan 2 kisah ini, para MC dapat mengambil iktibar dari kisah yang terjadi.

Sekian,

Amiruddin Ahmad
Admin ME.biz
Talian SMS : 013-244 9441

No comments: