PERHATIAN! Laman web ini hanya sebagai Panduan Agen MasterEload.
Jika anda masih baru sila klik DISINI.
***Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Amiruddin Bin Ahmad, Admin ME.biz***
JOIN KAMI DI RUANGAN CHAT BARU PANDUAN ME! KLIK SINI!
Google

22 November 2007

Komisyen Mobile Center (Oktober 2007)

*Klik imej untuk gambar penuh.





Komisyen Agen ME (Oktober 2007)

*Klik imej untuk gambar penuh.



11 November 2007

Talian Backup 32244

Hi Semua,

Pihak Admin telah selesai mengkonfigurasi Talian Backup 32244. Jika anda menghadapi masalah Tambah Modal RP ke 32244, sila guna Talian Backup kami iaitu 013-2449441. Cara cara SMS tetap sama.

Terima Kasih,

Admin ME.biz
Talian SMS : 013-2449441

08 November 2007

Selamat Hari Deepavali

Kepada semua penganut agama Hindu,


Kami dari pihak Admin mengucapkan


Selamat Hari Deepavali.


Sekian


Admin ME.biz

Talian SMS : 013-244 9441

04 November 2007

SMS : Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/SMS

Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Pada mulanya SMS dirancang sebagai sebahagian daripada GSM, tetapi pada masa sekarang, perkhidmatan ini ditawarkan oleh jaringan-jaringan mobil lainnya termasuk rangkaian UMTS.

Satu pesanan ringkas SMS maksimum terdiri daripada 140 bait. Dengan kata lain, satu pesanan boleh memuatkan 140 aksara 8-bit, 160 aksara 7-bit atau 70 aksara 16-bit untuk bahasa Jepun, China dan Korea yang memakai aksara Kanji. Selain 140 bait ini, ada data-data lain yang termasuk. Ada pula beberapa kaedah untuk mengirim pesanan yang lebih panjang daripada 140 bait, tetapi seorang pengguna harus membayar lebih daripada sekali.

SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video. SMS bentuk ini disebut MMS.

Pesanan-pesanan SMS dikirim dari sebuah telefon bimbit ke pusat pesanan (SMSC dalam bahasa Inggeris). Di sini pesanan disimpan dan cubaan untuk menghantarnya dilakukan untuk beberapa kali. Setelah satu waktu yang telah ditentukan, biasanya 1 hari atau 2 hari, pesanan akan dihapuskan. Seseorang pengguna boleh mendapatkan pengesahan daripada pusat pesanan ini.

SMS sangat popular di Eropah, Asia dan Australia. Di Amerika Syarikat, SMS secara perbandingan jarang digunakan. Di tempat lain, SMS popular kerana agak murah dan kerap digunakan di kalangan remaja. Perkhidmatan pesanan ringkas ini jarang digunakan di kalangan pengguna yang agak berusia.

Disebabkan lambat dan kesulitan menulis atau untuk menjimatkan ruang, biasanya pesanan SMS diringkaskan. Tetapi kesulitan ini, sekarang sudah diatasi kerana banyak telefon bimbit yang memiliki fungsi kamus dan bijak teka "intelligent guess". Ini merujuk kepada ciri telefon meneka perkataan yang cuba ditulis dengan membandingkan perkataan yang bermula dengan huruf yang sudah diisi. Sebagai contoh:- Sekiranya pengguna menaip kere, talipon bimbit akan mempaparkan perkataan kereta.

Pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan perubahan-perubahan kecil yang menarik dalam masyarakat. Beberapa petikan:

# Januari 2001, Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina. Kempen menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS.
# Julai 2001, pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam menjatuhkan talak, tidak boleh dilakukan melalui SMS. Ini disebabkan tidak jelas siapa yang menghantarnya. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri telefon bimbit dan menghantar pesanan tersebut. Tiada bukti seperti tulisan, suara yang boleh dicamkan, atau saksi yang boleh mengesahkannya. Talak tersebut perlu didaftarkan di Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia disahkan.